Sunday, 25 September 2016

Kemahiran Belajar Bab 4: Teknik Membaca

Membaca


  • merupakan proses komunikasi yang melibatkan penulis dengan pembaca melalui tulisan.

Proses membaca terbahagi kepada dua, iaitu:

  • proses membaca cepat
  • proses membaca perlahan
Teknik Membaca Cepat:

  • Digunakan bila hendak memilih artikel sesuai atau tidak
  • Penting kerana dapat jimat masa
  • Terbahagi kepada dua iaitu Luncuran dan Imbasan
Teknik pembacaan cepat Luncuran:
  • Mendapatkan pandangan umum mengenai teks
  • Dibaca menggunakan pergerakan mata dengan cepat
Teknik pembacaan cepat Imbasan:
  • Rajah dan grafik diberi perhatian
  • Untuk mendapatkan ilmu lebih mendalam
  • Membaca kandungan bab sambil mencatat kata kunci
  • Mendapatkan maklumat untuk menjawab persoalan
  • Imbasan pada pendahuluan dan rumusan secara mendalam

Teknik Membaca Perlahan:

  • Dikenali sebagai teknik bacaan secara kritis.
  •  Mempunyai 2 teknik: 
     a) Teknik KWLH( know, want, learned, how)
     b) Teknik SQ3R ( Survey, Question, Read, Recite,    
         Review )

Teknik K-W-L-H:
  • Digunakan untuk membantu pembaca berfikir ketika membaca.
  • Diasaskan oleh Donna Ogle pada tahun 1986.
        
        K – mengingat semula apa yang telah diketahui berkaitan topik yang             
               dibincangkan.
       W – menentukan apa yang ingin dipelajari daripada artikel berkenaan.
        L – menyatakan apa yang dipelajari daripada bahan yang dibaca.
        H – menyatakan bagaimana pelajar ingin meneruskan penerokaan 
               berkaitan topik yang dibaca.

Teknik SQ3R:

  • Dikenalkan oleh Robinson (1961 )
  • untuk meransang pembaca untuk menyoal maklumat yang dibaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara mendalam.
  • Membantu pembaca memahami dan mengingat semula serta mengenal pasti maklumat yang dibaca.
           S – menyemak teks yang ingin dibaca – tajuk,pengenalan,setiap  
                 perenggan , ringkasan dan penutup.
           Q – Menyoal teks yang dibaca supaya pembaca dapat memahami apa 
                  yang dibaca dengan mendalam.
           R – Membaca dan mencatat perkara penting yang dibincangkan dalam 
                  teks.
           R – Menyatakan semula dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang 
                 dibuat.
           R – Membuat gambaran dengan menyatakan semula idea keseluruhan teks 
                  yang dibaca.




No comments:

Post a Comment