Sunday, 25 September 2016


Kemahiran Belajar Bab 8: Sistem Pengurusan Pembelajaran




















































Kemahiran Belajar Bab 6: Kemahiran Mensintesis Maklumat
















































Kemahiran Belajar Bab 4: Teknik Membaca

Membaca


  • merupakan proses komunikasi yang melibatkan penulis dengan pembaca melalui tulisan.

Proses membaca terbahagi kepada dua, iaitu:

  • proses membaca cepat
  • proses membaca perlahan
Teknik Membaca Cepat:

  • Digunakan bila hendak memilih artikel sesuai atau tidak
  • Penting kerana dapat jimat masa
  • Terbahagi kepada dua iaitu Luncuran dan Imbasan
Teknik pembacaan cepat Luncuran:
  • Mendapatkan pandangan umum mengenai teks
  • Dibaca menggunakan pergerakan mata dengan cepat
Teknik pembacaan cepat Imbasan:
  • Rajah dan grafik diberi perhatian
  • Untuk mendapatkan ilmu lebih mendalam
  • Membaca kandungan bab sambil mencatat kata kunci
  • Mendapatkan maklumat untuk menjawab persoalan
  • Imbasan pada pendahuluan dan rumusan secara mendalam

Teknik Membaca Perlahan:

  • Dikenali sebagai teknik bacaan secara kritis.
  •  Mempunyai 2 teknik: 
     a) Teknik KWLH( know, want, learned, how)
     b) Teknik SQ3R ( Survey, Question, Read, Recite,    
         Review )

Teknik K-W-L-H:
  • Digunakan untuk membantu pembaca berfikir ketika membaca.
  • Diasaskan oleh Donna Ogle pada tahun 1986.
        
        K – mengingat semula apa yang telah diketahui berkaitan topik yang             
               dibincangkan.
       W – menentukan apa yang ingin dipelajari daripada artikel berkenaan.
        L – menyatakan apa yang dipelajari daripada bahan yang dibaca.
        H – menyatakan bagaimana pelajar ingin meneruskan penerokaan 
               berkaitan topik yang dibaca.

Teknik SQ3R:

  • Dikenalkan oleh Robinson (1961 )
  • untuk meransang pembaca untuk menyoal maklumat yang dibaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara mendalam.
  • Membantu pembaca memahami dan mengingat semula serta mengenal pasti maklumat yang dibaca.
           S – menyemak teks yang ingin dibaca – tajuk,pengenalan,setiap  
                 perenggan , ringkasan dan penutup.
           Q – Menyoal teks yang dibaca supaya pembaca dapat memahami apa 
                  yang dibaca dengan mendalam.
           R – Membaca dan mencatat perkara penting yang dibincangkan dalam 
                  teks.
           R – Menyatakan semula dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang 
                 dibuat.
           R – Membuat gambaran dengan menyatakan semula idea keseluruhan teks 
                  yang dibaca.




Kemahiran Belajar Bab 5: ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA


-Pengunaan alat berfikir dapat membantu pelajar untuk:Meningkatkan kemahiran berfikir
  • Menyampaikan idea dengan lebih tersusun,jelas,dan mudah difahami.
  • Lebih mudah mengingat jika maklumat dapat disusun  dalam satu corak yang sistematik dam menunjukkan perkaitan konsep.    
-Contoh-contoh alat berfikir:
  • Alat-alat CORT
  • Pengurusan grafik
  • Teknik menyoal aras tinggi
  • Pemetaan i-Think
  • Peta Minda
-Pengurusan Grafik
TUJUAN:

  • Menyusun idea dengan lebih mudah.
  • Membezakan sesuatu perkara dengan tepat.
  • Membentuk klasifikasi dengan lebih tersusun. 
  • Lebih fokus.
CONTOH:

  • Membanding dan membeza.
  • Membuat kategori.
  • Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan.
  • Menerangkan sebab dan akibat. 
-Peta Minda
Tujuan:
  • Mengorganisasi dalam kata kunci 
  • Ingat dengan mudah
Ciri-ciri:
  • Kreatif dan tidak formal
  • Tajuk di tengah
  • Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod
Kelemahan:
  • Hanya difahami oleh segelintir golongan 
  • Terlalu ringkas
  • Kata kunci tidak sesuai
-Pemetaan i-Think
contoh-contoh Peta i-Think:
  • Carta Alir
  • Carta Buih Berganda
  • Carta Bulatan
  • Carta Pokok
  • Peta Dakap
  • Peta Titi
  • Peta Pelbagai Alir
  • Peta Buih
-Teknik Menyoal Aras Tinggi
Tujuan:
  • Memotivasikan pelajar
  • Menimbulkan minat
  • Kenal pasti kelemahan
  • Menggalakkan pemikiran
  • Fokus kepada sesuatu
  • Pembelajaran yang aktif



Saturday, 24 September 2016

Kemahiran Belajar Bab 5: Kemahiran Mengambil Dan                                                           Membuat Nota

Definisi Nota
·         NOTA  IALAH BENDA YANG DICATAT OLEH  SESEORANG PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .NOTA MENJADI BAHAN RUJUKAN , APABILA KITA TERLUPA SESUATA  MUKLUMAT ATAU FAKTA .MENCATAT NOTA ADALAH SUATU SENI.
   Sebab-sebab perlu mengambil nota:
1.    Semasa membuat nota ,pemikiran anda meningkat dan sel-sel neuron  berhubung  antara satu sama yang lain ini dapat  meningkatkan daya pemikiran seseorang itu.
2.    Dapat membuat pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau sesuatu yang dibaca.
3.    Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

  Perkara penting ketika mengambil nota yang efektif:
  1.  Mengetahui idea utama .
  2. Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis .
  3. Menggunakan  cara yang sesuai seperti Outline note atau column note.
  4. Menggunakan  cara menulis nota bentuk grafik .
  5. Menggunakan perkataan sendiri.
  6. Mencatat sumber maklumat  diperoleh.
  Aspek penting ketika mengambil nota:
  1. Membuat persediaan sendiri.
  2. Mendengar
  3. Fokus
  4. Meminta penerangan jika terdapat  kekeliruan.


Tips mengambil nota:
  1. Belajar kaedah mengambil nota yang berkesan daripada pensyarah atau kaunselor atau sesiapa sahaja yang berkebolehan  di kampus.
  2. Guna kata kunci untuk menjimatkan masa .
  3. Guna ayat anda sendiri agar mudah difahami.
Kepentingan membuat nota:
  1. Semasa membuat nota anda berfikir secara kritis , analitik dan kreatif untuk memilih fakta yang berkaitan.
  2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca .
3.    Boleh dirujuk apabila kita terlupa tentang sesuatu perkara.
Teknik membuat nota:
  1. Buat persediaan yang lengkap , misalnya pen, pensil, kertas  dan buku.
  2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
  3. Kenal pasti kata kunci . Gunakan formula :
·         (4W+H)(What-apa*Why-kenapa*When-bila*Where-dimana)How bagaimana.
     4.Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
     5. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual , carta aliran dan gambar rajah venn.
    6.Perkataan atau prosa yang penting.
    7.Guna singkatan ,misalnya dgn=dengan, spt=seperti, U.K=United Kingdom.

Cara-cara membuat nota:
  1. Lukis gambar.
  1. Buat peta minda.
  2. Gunakan warna yang menarik.
  3. Guna pen yang pelbagai warna supaya kelihatan menarik .
  4. Gariskan huraian penting.
  5. Tinggalkan ruang kosong antara  nota agar mudah bagi  menambah penerangan.


Kemahiran Belajar Bab 3: Kemahiran Perolehan Dan                                                                Pengurusan Maklumat

Pencarian Sumber Maklumat
Maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber:
·        Sumber manusia
·        Sumber persekitaran
·        Sumber elektronik
·        Sumber bercetak

*Sumber Manusia
         Guru, pakar bidang, pegawai sumber, orang awam, orang yang terlibat, ahli politik
         Kebanyakan maklumat diperoleh melalui temu bual yang dilakukan ke atas individu berkenaan.

*Media Elektronik
         Audio visual – radio, televisyen, video
         Komputer – CD, VCD, Youtube dan facebook melalui penggunaan internet
         Kebanyakan maklumat diperoleh daripada perpustakaan dan pusat sumber.

*Media Bercetak
         Bahan bertulis – buku , majalah , jurnal , artikel , laporan , memo , surat khabar , laporan dan lain-lain.

*-Sumber Persekitaran
         Bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan.
         Maklumat diperoleh melalui perubahan yang berlaku dalam persekitaran.
         Contohnya: Apabila mendengar bunyi guruh, diketahui bahawa hujan akan turun sebentar lagi.Bunyi guruh membantu individu menentu bahawa hari akan hujan dan perlu bersiap sedia untuk basah jika tidak membawa panyung.

Ø Maklumat atau informasi yang diperlukan boleh diperoleh daripada pelbagai sumber mengikut keperluan pelajar di IPG .
Ø Contohnya, menulis esei untuk tugasan kerja kursus. Berikut adalah panduan yang dinyatakan dalam laman web Perpustakaan Universiti Sains Malaysia(USM) dalam usaha untuk mendapatkan maklumat:

         Kenal pasti maklumat yang dikehendaki

         Memahami tajuk dan keperluan soalan tugasan
         Tentukan skop pencarian
         Kenal pasti konsep dan definisi yang terdapat dalam tugasan dengan merujuk kepada kamus, tesaurus, glosari dan ensiklopedia


         Kenal pasti bentuk maklumat yang diperlukan

         Maklumat ringkas
         Maklumat biografi
         Maklumat semasa
         Maklumat mendalam
         Maklumat khusus


         Kenal pasti cara untuk mendapatkan maklumat berkenaan

         Buku dan jurnal (OPAC, katalog perpustakaan)
         Artikel jurnal atau majalah(pangkalan data seperti EbscoHost,ProQuest, Eric, indeks bercetak atau elektronik)
         Keratan akhbar
         Internet (Google,  Yahoo)


         Membuat penilaian ke atas maklumat yang diperoleh

         Menentukan bahawa maklumat berkenaan memenuhi kehendak  dan keperluan soalan tugasan
         Ketepatan, kesesuaian maklumat, penulis dan liputan maklumat diketahui.


         Menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan

         Menyenaraikan semua bahan rujukan secara sistematik supaya memudahkan urusan mendapatkan kembali bahan tersebut
         Menggunakan format dan stail penulisan APA (American Psychological Association) dalam penulisan bahan rujukan

Pengurusan Maklumat
        Maklumat-maklumat yang diperoleh perlu diurus secara sistematik
        Maklumat berkenaan mudah dicapai jika berkeperluan seperti ingin mengubah atau membuat penambahbaikan maklumat.
Terdapat dua jenis maklumat iaitu :
Hard Copy:
v Maklumat dalam bentuk bahan bercetak seperti buku, jurnal, surat khabar dan kamus.
   Soft Copy:
v Bahan yang diperoleh melalui bahan online yang kebiasaannya disimpan  dalam komputer berbentuk folder-folder.
Maklumat boleh diperoleh secara :
v Formal
v Tidak formal

Terdapat dua jenis sumber maklumat iaitu:
Sumber Primer
Ø Bermaksud hasil kerja yang memberikan yang memberikan pengetahuan baru ke atas pengetahuan sedia ada.
Sumber Sekunder
Ø Bermaksud sumber yang memberi akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan abstrak dan indeks.
Contoh-contoh sumber Primer:
*    Temubual
Ø Dilakukan ke atas individu yang mengalami sendiri peristiwa tersebut dan bukannya daripada pengalaman orang lain.
*    Pemerhatian
Ø Dijalankan oleh penyelidik dan catatan nota lapangan.
    *    Analisis dokumen dan soal selidik

Ø Penyelidik menyoal secara terus kepada responden kajian terhadap persepsi mereka berkaitan sesuatu perkara.
*    Bahan cetakan
Ø Contohnya, seperti artikel, jurnal, tesis dan laporan.

Contoh-contoh sumber Sekunder:
  • *    Sumber maklumat yang diperoleh daripada   hasil tafsiran dan rumusan sumber primer.
  • *     Contohnya, memberi rumusan dan tafsiran kepada hasil dapatan temubual.