Kemahiran Belajar Bab 1 : Pengenalan Kemahiran Belajar
1.0 PENGENALAN
· Kemahiran Belajar melibatkan;
o Kemahiran Berfikir,
o kemahiran mentafsir dan menilai
o Kemahiran teknologi maklumat
o Kemahiran pemudahcara atau fasilitator
2) Antara pendekatan pembelajaran yang sesuai;
· pembelajaran masteri,
· pembelajaran kadar kendiri,
· akses kendiri,
· pembelajaran berasaskan otak
3) Tujuan Kemahiran Belajar;
· projek serta pembelajaran secara berfikrah dan berbantukan teknologi. Bentuk keperibadian dan tingkah laku
· Pembelajaran sepanjang hayat
· Belajar ikut kemampuan diri sendiri
4) Konsep Kemahiran Belajar;
· Belajar sendiri tanpa guru
· Belajar ikut gaya pembelajaran sendiri
· Perubahan tingkah laku
· Pengalaman bermakna kepada indivudu
· Proses maklumat yang penting sahaja
5) Rumusannya;
· Satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan.
· Sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya.
· Proses dimana seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku.
· Beberapa maklumat yang penting sahaja masuk ke dalam minda dan disimpan di dalam memori.
· Bagi pengalaman dan maklumat yang penting, satu proses mentor akan berlaku dan disimpan dalam minda.
· Proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
6) Proses belajar juga berlaku dalam beberapa peringkat, antaranya seperti berikut;
· adanya rangsangan-rangsangan
· pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria
· pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak
· membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan
· mengamalkan dalam situasi yang sepadan dengan perubahan tingkah laku
7) Proses pembelajaran yang dilalui oleh setiap pelajar pula akan meliputi setiap ciri proses belajar seperti berikut;
· perubahan yang berlaku secara sengaja
· perubahan secara berterusan dan tetap
· perubahan bersifat aktif dan pasif
· perubahan bermatlamat dan terarah
· Perubahan tingkah laku secara holistik
8) Berikut ini dijelaskan secara terperinci setiap peringkat perubahan yang berkenaan. Perubahan secara berterusan dan tetap akan melibatkan aspek yang berikut;
· anda merasakan adanya perubahan di dalam diri anda dari segi pengetahuan,tingkah laku,kemahiran dan seumpamanya.
· sebagai contohnya, anda telah dapat mengeja dengan betul perkataan-perkataan yang dahulunya anda tidak pasti dan anda sudah tidak mengulangi kesilapan yang sering anda lakukan dahulu.
9) Perubahan bermatlamat dan terarah pula akan berlaku apabila terdapat perubahan seperti yang berikut;
· berlaku apabila terjadi perubahan tingkah laku di dalam diri anda.
· Sebagai contohnya anda mendapat matlamat yang jelas dalam dalam peperiksaan anda.
· seterusnya anda berusaha ke arah yang telah ditentukan maka berlakulah proses belajar yang lebih berkesan.
10) Perubahan tingkah laku yang holistik pula berlaku apabila terdapat perubahan seperti yang berikut dalam proses pembelajaran pelajar;
· berlaku dalam diri anda apabila berlakunya perubahan secara holistik ataupun keseluruhan.
· Anda telah dikatakan mengalami proses belajar apabila telah dapat menguasai perkara yang telah dipelajari secara keseluruhan dari segi pemikiran,perasaan,kepercayaan dan tingkah laku.
11) Berikut adalah di antara model pembelajaran yang menyatakan perbezaan gaya pembelajaran antara setiap individu,iaitu;
· Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn
· Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
· Model Gaya Pembelajaran Kolb
12) Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn;
· Persekitaran
-Cahaya
-Bunyi
-Suhu
-Rekabentuk
· Emosional
-motivasi
-kecekalan
-tanggungjawab
-struktur
· Sosiologikal
-diri sendiri
-berpasangan
-rakan sebaya
-orang dewasa
· Fizikal
-pancaindera
-makanan & minuman
-waktu belajar
-pergerakan
· Psikologikal
-analitik
-impulsif
-otak kiri/kanan
13) Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
· kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
· setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu
· gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
· iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran
14) Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
· Aktivis
· Reflektif/reflektor
· Teoris Pragmatis
15) Model Gaya Pembelajaran Kolb;
· Imaginatif/Kreatif
-buat pengamatan
-mencari makna
-berkongsi idea dengan
rakan
· Teori Analisis
-perolehi maklumat secara abstrak
-suka cari fakta
· Praktik
-suka cuba sendiri
-uji kebenaran teori
· Intuiti Dinamik
-cari perkara baru
-cuba jaya/inkuiri
16) Beberapa aspek Kemahiran Belajar yang perlu diberikan perhatian oleh setiap pelajar;
· Kemahiran Mengurus Masa,
· Kemahiran Membaca,
· Kemahiran Mencatat Nota,
· Kemahiran Membuat Rujukan, Kemahiran Mendengar
· Kemahiran Menghadapi Peperiksaan
17) Kemahiran Belajar sangat penting kepada para pelajar kerana dengan menguasai kemahiran tersebut pelajar akan dapat;
· berupaya belajar sendiri tanpa kehadiran pensyarah.
· menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
· membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.
· mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.
· Mengetahui proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama pensyarah (formal) atau tanpa guru(non-formal).
· menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.
18) Berikut ini dinyatakan kesan kepada penguasaan Kemahiran Belajar kepada pelajar;
· menggunakan celik akal bagi atasi masalah.
· dapat mengaitkan pengalaman dengan pembelajaran yang baru.
· dapat mengguna perspeksi yang tepat.
· dapat mengukuhkan ingatan jangka pendek & panjang.
· dapat menggunakan sepenuhnya sumber persekitaran.
19) Hasil daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat dibuat adalah seperti berikut;
· Amalan kemahiran belajar yang betul cukup penting dalam proses pembelajaran yang betul dan berkesan kepada pelajar.
· Cara belajar boleh dijadikan panduan untuk belajar secara berkesan dan sistematik.
· Dengan menggunakan cara kemahiran belajar yang betul,pelajar-pelajar pasti dapat merasakan kesan dari proses pembelajaran yang betul secara fizikal dan mentalitinya.
20) Berikut ini dinyatakan Kepentingan Kemahiran Belajar secara umumnya;
· Meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari
· Menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan
· Dapat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai kaedah pembelajaran
· Dapat menggunakan pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk menyelesaikan masalah yang wujud
· Dapat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru
· Melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran pemikiran yang rasional
21) Kemahiran Belajar juga akan membantu pelajar memperkembangkan daya pemikiran mereka. Melalui Kemahiran Belajar, pelajar akan dapat melatih diri untuk;
· berfikir pada tahap aliran pemikiran kognitif
· berfikir dari konkrit kepada abstrak
· menukarkan pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru
· memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif dalam cara belajar
· terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum
· mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui kaedah menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-cara lain yang sesuai.
No comments:
Post a Comment